TAJUK : PENGENALAN KEPADA VERNIER CALIPER (ANGKUP VERNIER )
TUJUAN :
Menerangkan dengan lebih lanjut tentang bahagian-bahagian utama, kegunaan angkup vernier dan cara bacaan angkup vernier.
PENERANGAN :
Terdapat
pelbagai jenis alat-alat pengukuran yang digunakan di dalam bengkel
kejuruteraan dan salah satunya ialah Angkup Vernier. Angkup Vernier
terdiri daripada pelbagai jenis yang mana masing-masing direkabentuk
untuk kesesuaian kegunaannya
ANGKUP VERNIER
Satu
alat mengukur jitu yang mempunyai ketepatan 1/1000" atau 1/100 mm.
Angkup Vernier terdiri daripada dua bahagian iaitu satu bingkai
berbentuk L dengan rahang boleh gerak dan satu bingkai yang mengandungi
batang dengan rahang tetap (jaw). Batang mempunyai skala utama dalam
inci(imperial scale) dan metrik (metric scale). Rahang boleh gerak
mengelangsar di sepanjang batang. Bacaan boleh dikunci ke batang oleh
satu skru pengapit (locking screw).Rahang luar ( External jaw) boleh
mengukur garisan diameter bulatan, ketebalan dan panjang benda kerja.
Rahang dalam (external jaw) boleh mengukur jarak, garis pusat gerek dan
lubang, manakala bilah kedalaman (depth measuring blade) boleh mengukur
kedalaman sesuatu lubang.
BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER
KEGUNAAN ANGKUP VERNIER
1. Mengukur diameter luar
2. Mengukur diameter dalam
3. Mengukur kedalaman
GAMBAR-GAMBAR BERIKUT MENUNJUKKAN CARA BAGAIMANA MENGUKUR MENGGUNAKAN ANGKUP VERNIER
Cara menggunakan angkup vernier untuk mengukur bagian luar benda ukur
Posisi rahang angkup vernier terhadap benda ukur
Cara pengukuran bahagian dalam dengan menggunakan angkup vernier
Cara pengukuran kedalaman dengan menggunakan angkup vernier
CARA MENGAMBIL BACAAN
Skala Utama – 1 Senggatan = 0.025 inci 40 Senggatan = 1.00 inci
Skala Vernier – 1 Senggatan = 0.001 inci 25 Senggatan = 0.025 inci
Skala Utama – 1 Senggatan = 1.00 mm 10 Senggatan = 10.00 mm
Skala Vernier – 1 Senggatan = 0.02 mm 50 Senggatan = 1.00 mm
AMBIL BACAAN
No comments:
Post a Comment